Daisypath Anniversary tickers

maharajalawak mega osbon

hahaha..memula xlayan maharajalawak mega ni...tetiba layan plak osbon..
diantara lawak osbon yang buat aku tergelak mcm nak giler...cayalahh...





xsabar nak tunggu minggu seterusnyer...hope osbon ke final...SHAH ALAM peaceeeee yoooooo

Donut Ball Gebuzz

hahaha...cm perasan jer puji donut ball sendiri buat gebus..
tp mmg ai xtipu r..
mmg gebus dan lembut...
donut ni ai uat ptg td..dikala hujan turun perot pun berdondang dendang ...
wahh kelas cm lagu kak noraniza idris gitu..
resepi donut ball ni aku ambil dr blog Djdayang

bahan2nyer:

  1. 2 cawan tepung gandum
  2. 2 1/2 sudu besar gula
  3. 1/2 sudu besar yis mauripan (1/4 air suam di rendam hgga berbuih)
  4. 1 sudu kecil ovellate
  5. 1/2 sudu kecil garam
  6. 1 biji telur
  7. 1 sudu besar marjerin 
  8. 1/3 cawan air/susu segar      
*** jika guna susu segar tak payah letak susu tepung ok

cara2nye:
  1. kisar semua bahan (kecuali tepung,ovallate,yis dan gula saduran) hgga sebati
  2. didlm bekas yg agk besar ayakkan tepung dan buatkan lubang ditengah2nya.tuangkan bahan2 y sudah dikisat tadi,kemudian masukkan yis dan ovellate
  3. uli hingga menjadi doh jika adunan terlebih lembik,boleh ditambahkan sdkt tepung
  4. kemudian gentel n buat bulat2 seperti bebola(nanti tgk cth kat bawah)
  5. gunakan sedikt tepung utl proses mengentel hihi(sekiranyer doh melekat ditgn)
  6. susunkan diatas dulang yang disapu dgn sedikit minyak @ taburkan tepung
  7. biarkan seketika dlm 10 minit
  8. sediakan minyak utk mengoreng
  9. setelah siap digoreng sadurkan dgn gula castor/gula icing  


 selepas proses uli2lian


selesai proses mengentel...bulat cam bebola


proses mengoreng..biar goreng kekuningan gitu


hehehe...siap sudahh sgt gebuz gebizzkan

encik suami senyum jer balik keje..sedap dia mencekik..ilang pening2 lalat aku pas dpt masak...
xkisah lah msk pape..tp ikot mood gak klu malas melanda ape pon xvoleyyyyy..

p/s dr enoi copy paste by akak aku Jamilah Zamahshari

Ayat Kursi:
1) Baca pada saat keluar rumah, 70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
2) Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
3) Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
4) Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
5) Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian. Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah. Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Jahit Tudung Sendiri

ehrmmmm semalam seharian merayap ngn encik suami...
so lama dh rasanyer xli tudung syria..jalan punya jalan xjumpe pe y berkenan dihati..
perubahan fesyen yang semakin rancak n berkembang terkadang tak terikut dek ai..
dan xsemua fesyen yang baru mengikut citarasa seseorg...

ssh skrg nak jumpe syria yang jht tepinyer double stitch,,kebanyakkan skrg curly..ooo ai xminat lgsng nmpk xkemas

cube tgk tudung ni...hrmmm



mungkin uols ada yang suke  but ai no no no..pandangan org y berbeza2..pd ai huh nmpk serabut ..curly diats curly ditengah curly dibawah hehehe lol..


bila jejalan n xjumpe yang berkenan..tetibe ai rasa cm nak try buat tudung sendiri..so ai cr kain then smpi umh terus potong n try jahit..first ai buat inner neck..ai prnh beli dgn harga rm25/pcs
jika menjahitnyer sendiri semeter tu boleh dpt 2 3 helai inner neck..berbaloi bukan...hihi

jeng..jeng..jeng .....sila jenguk2 kebawah ini...:


my label


proses menyiapkan

  
siap sudah


nilah hasilnyer..inner neck aku..

cube uols tgk bawah ni


mesti ada dikalangan uols yang suke kan..pattern ala2 pearl dot dot dot hehehe..
pepahamlah sendiri harga rm169..mahal pd ai pd uols?..tp ada jgk y beli klu y minat
oohhh lupe..ni bkn ai yang jahit..ni ai gogel jer..but ai xminat tudung mcm ni..sory
cume nak tunjuk jer..fesyen baru abad ni yang penuh ngn curly2 2 4 layer oh my god..


ni lah my first syria yang ai jahit sendiri dulu..sebenoonyer syria ni asal nyer shawl aku..utk first nak try jahit sebelum aku jahit kat kain lycra yang aku beli...k gak lah aku pun dah pki beberape kali..
semeter kain lycra uols klu pndi jht ley dpt 2helai tdg syria..n inner sekali tgk pd lebih kain lah ..
heheehe berbaloi bukan...tu untoinyer org pndi menjahit..kerja y org igt remeh,low class n membosankan..
tapi tidak pd aku..if uols pndi jahit sikit jer uols kuar modal..tp keuntungan berlipat ganda...

ok zasss...adios permiosssss apa daaaa

Surah Al-Fatihah


SETIAP PAGI SEDEKAHKAN AL-FATIHAH KPD IBU BAPAMU

Rasullullah SAW pernah bersabda:

" setiap pagi sedekahkan al-fatihah kpd ibu bapamu (tidak kira yang masih hidup atau yang sudah meninggal dunia)...nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu

Berdasarkan hadith Nabi SAW:

" tidak akan putus rezeki seseorang anak selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua org tuannya dalam sehari"

Huraian Hadith:
  • Jgn sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibu bapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)
  • Allah akan memurahkan rezeki kpd mereka yang tidak putus2 berdoa kpd kedua ibu bapa(hidup @ mati)
  • Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan  ALLAH S.W.T
  • Semasa berdoa ,berdoalah dgn bersungguh2 ,tadah tangan dan bayangkan wajah kedua org tua kita,termasuk guru2 kita mereka2 yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh)
  • Mereka yang lupa berdoa kpd kedua orang tua,akan disempitkan rezekinya oleh ALLAH S.W.T
Kesimpulannya:

  • bagi orang yang berniaga tak perlu ada ilmu pelaris..cuma jgn lupa doakan ibu bapa kita setiap hari
  • rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit ,tetapi segala nikmat yang kita dapat dari ALLAH (cth: makanan,pakaian,kesihatan,kasih sayang,ilmu dan sebagainya)  
mudah-mudahan Insyaallah
KITA BERUSAHA,BERSABAR DAN BERTAWAKAL

  • rezeki itu bukan kerana ada sijil SPM,STPM,IJAZAH dan sebagainya..tapi dgn hati yang tulus ikhlas dan doa kita untuk ibu dan bapa kita..MARI KITA CUBA....ALLAHHUAKBAR...
Bila2 masa saja kita boleh berdoa menadah tangan dan berdoa utk kedua org tua kita,waktu bangun pagi,waktu makan,ptg,malam dan dimana sahaja(tdk termasuk solat lima waktu)

Caranya:
"Ya Allah Ya Tuhanku ..ampunkanlah dosa2 kedua orang tuaku,berkatilah kedua mereka itu,sihatkanlah mereka,murahkanlah rezeki mereka ,panjangkanlah usia mereka jauhilah sebarang bahaya dan lindungilah mereka..Amin (doa ini utk ibu bapa yang masih hidup)

Untuk yang sudah meninggal:
"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah segala dosa orang tuaku,tempatkan lah ibu/bapa ditempat orang2 yang beriman

SEBARKANLAH ILMU WALAUPUN SEBESAR ZARAH

Al-Fatihah buat roh Nabi Muhammad SAW,keluarga baginda,sahabat2 baginda....arwah ibuku Masnah Hj Mawardi..arwah abangku Arnizam Zamahshari serta muslimin dan muslimat yang telah kembali kerahmahtullah




Cantiknyer Jika Bertudung

bila seseorg y dahulu nyer tidak bertudung atau bahasa omputeh nyer  free hair
dan bernekad untuk berubah ....alangkah seronoknyer bila mendengar akan perubahan y bakal dilakukan..
tentu akan kelihatan manis,sopan dah xpyh nk jaga n nak pikir style apa nak buat bila kuar...

al-kisah seseorg y aku kenal..tlh mula bertudung beberape tahun y lalu...
wajah nyer sgt cntik bila memakai tudung syria ms pertama kali aku terpandang...
dlm ht berkata "wahh dah bertudung !!cntik gilee!!"
hari2 bila terpandang profile picture nyer di fb sejuk jer melihat..wajah y putih gebu dgn tudung pelbagai fesyen yang digayakan...wahh sgt cantik..

tapi tah kenapa sejak akhir2 ini mungkin dia sudah kembali membuka tudungnyer..dan pic profilenyer tidak lg memakai tudung..aku rasa xseperti dulu melihatnyer...dia lbh cntik bertudung ..
mmg benar kata org jika bertudung tu lbh manis dipandang...mana pergi penghijrahan y dilakukan dulu..

ALLAH s.w.t dan RASUL-NYA mengarahkan semua wanita muslimah Wajip menutup aurat sama ada ikhlas atau pun tidak ,suka atau pun tidak suka..
peringatan buat aku juga y terkadang leka dgn suruhan-Nya..

jom scrool kebawah artikel credit by Syahirul.com

ALASAN YAN SELALU DIDENGAR

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?
”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”
Jawapan:
Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga? Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat. Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling
2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?
“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”
Jawapan:
Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?
Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Nabi bersabda: Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (H.R. At-Tirmidzi)
3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?
“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”
Jawapan:
Allah s.w.t dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.
Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir. Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.
Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
4. Menunggu seru untuk bertudung?
“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”
Jawapan:
Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

Malaysia vs Indonesia

Alhamdullilah...xsia2 menunggu game abis...
akhirnyer Harimau Malaya Muda mengauummmmm
wlupun mereka letih tp semangat ttp ada...
gol sepakan penalti 5 malaysia 4 indonesia...
Laungan lagu Negaraku mengegar di stadium indonesia..


yahoooo kemenangan berpihak buat MALAYSIA




tahniah team HARIMAU MALAYA..uols semua telah mengharumkan nama MALAYSIA
MALAYSIA bawak pingat Emas ...syabas2....

ok aku ley tido ngn lena... :) buat Indonesia belajar menghormati lagu kebangsaan aku yer
jangan nak anti2 sgt ngn Malaysia yang dan byk bg punca rezeki kat org negara koo..

tepuk dada tanya selera..kang dh emooo... AS SALAM...

My First Anniversary

19hb.11 datang lagi tp berlainan tahun hihi..
terjalinnyer ikatan suami isteri diantara aku n suami pada 19.11.2010..
now genaplah setahun aku menjadi pasangan suami isteri..so excited ler aku...

19.11.2011 going tasik idaman bersama my sis...kak uji family n kak lang family..sama2 menyambut hari ulangtahun aku n alang ,trkh nikah aku n alang dekat jer..dia 18hb.11
riuh rendah dibuat lg2 eah n dijah.. :)


love u yang..


kek by alang..door gift by enoi :)


menu wajib klu mam di tasik idaman udang petai


siakap stim limau yang sgt mantop


muke poyo bersama yayangku..mak oit muke makk (tema hitam pth katanyer) 


alah siannyer dijah muke nyer kabur..eah yang keje mkn kek aje :)


near depan umah baru eah n aqeef

Alhamdullilah..semoga hubungan aku n my yayang akan kekal hingga akhirnyer...semoga ada sinar yang akan menyinari kehidupan kami berdua selepas ini...

to my husband---->>
i love u so much
berdoa n terus berdoa dan moga2 ada sesuatu amazing yang ALLAH akan beri kepada kita..amin



10 Carta Dosa

Peringatan buat aku credit 
FB Ustaz Solehi Aljerusi



CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIANUGERAH ANDA DI 
AKHIRAT..::

Ingatan buat diriku yang selalu terlupa... 

1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu. 

2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga. 

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar 

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah 

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka 

6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan 

7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu.. 

8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka 

9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka 

10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang 

renung2kan dan selamat beramal


Puding Kasih Bertaut

salam..hrni just nak bg resepi puding yang sgt2 cntik...
xley tahan aku nengok berdesuppp dpt resepi trs aku buat...
ada jgk member2 yang mintak resepi ni..hope dptlah membantu..
sng aku trs copy n paste n trs inbox koorg...

resepi by kak zaharah yang mmg pndi masak n uat kuih muih

Bahan A

  1. 1/2 paket @ 2tsp serbuk agar2 (dr sepelet 10gn serbuk agar2)
  2. 300ml air
  3. 200ml santan --aku guna susu cair
  4. 1/2 cwn gula
  5. 1biji telur
  6. 2@3 jns pewarna & perisa (xnk guna pun xpe hnya pewarna)    
cara2nya:
  1. mskkna serbuk agar2,gula & air ke dlm periuk dan msk hgga gula & serbuk agar2 larut (kecilkan api)
  2. pchkan telur ke dlm santan & kacau sikit dgn garfu,tuang ke dlm periuk berisi agar2 td & kacau sebati & mskkan hgga mendidih (ats api perlahan taw) stlh mendidih ttp api
  3. bhgikan larutan agar2 td kpda 2@3 bhgian  & mskkan pewrna & perisa kacau sebati bhgian & tuangkan ke dlm mould yang koorg suka.biarkan ia keras dlm peti
  4. stlh keras keluarkan agar2 dr mould @ kacau guna bekas y besar sbgi mould td masukkan semua agar2 td kedlm satu bekas lain y lbh besooo   
Bahan B
  1. 1 paket serbuk agar2 10gm
  2. 1 liter air
  3. 100gm gula melaka @ nise
  4. 2helai daun pandan 
Cara2nya;
  1. mskkan semua bhn diatas ke dlm periuk dan masak hgga larut & mendidih
  2. ttp api & tapis larutan agar2 
Cara menyediakan puding:
  1. tuang larutan agar2 B ke dlm bekas y berisi semua agar2 A 
  2. biarkan keras & sejukkan dlm peti ais

hmmmm klu tgk cm rumit kan nk uat puding ni..tp sng jer..try dulu br th sng ke ssh
actually aku mmg suka uat bnde n masakan yang simple n nmpk cntik...
jommmm tengok hasil yang aku uat....






cam dlm belas kaca gitu kan :)





amacam ok tak...penak dimakan time2 br kuar dr peti sejukk..sejukk je tekak aku lg2 time cuaca panas huh!!
must try.... yer..ok selamat mencuba n selamat beramalll

Apam Ladybird Katanyerr :)

ehmmmm..hari ni mood rajin katanyer...
so aku uat apam polka dot..tp yang dot2nyernyer aku uat sikit je..
selebihnyer aku menglady birdkan apam itu..lol hihi...

resepi credit by cik googell (tp aku olah sikit)

APAM DOT DOT 

BAHAN-BAHAN

• 3 BIJI TELUR - DARI PETI SEJUK
• 275 GM TEPUNG GANDUM -- aku pakai 255gm
• 220 GM GULA HALUS –
• 150GM SUSU SEGAR-- aku guna nestle low fat 
• 3 SUDU TEH BAKING POWDER --aku pki 1 sudu kdg 2sudu 
• 1 SUDU KECIL OVALLETE
• SEDIKIT ESEN VANILLA-- utk hilangkan hanyir telur__
• FILLING TUK MASUK LAM ADUNAN…--aku pakai kaya apa filling pun xpe


CARA-CARA

1. MASUKKAN SEMUA BAHAN KE DALAM MANGKUK MIXER DAN PUKUL DENGAN KELAJUAN MAXIMA SELAMA 6 – 8 MINIT

2. BAHAGIKAN ADUNAN KEPADA BEBERAPA BAHAGIAN & TITISKAN PEWARNA MENGIKUT CITARASA.

3. MASUKKAN SETIAP WARNA KE DALAM PIPING BAG (ATAU BEG PLASTIK YANG BERSIH).

4. BAGI YG INGIN MELETAKKAN INTI DIDALAMNYA …..PICITKAN SEDIKIT ADUNAN KE DALAM MANGKUK KERTAS YANG TELAH DISUSUN DIDALAM ACUAN LOMPANG.

5. MASUKKAN FILLING KEGEMARAN SECUKUPNYA.

6. PICITKAN LAGI ADUNAN WARNA YG SAMA SEHINGGA ¾ PENUH. KEMUDIAN DOT DOT KAN DENGAN WARNA PILIHAN. KALAU TAK MAU LETAK FILLING…PICITKAN HAMPIR PENUH…NANTI DIA NAIK CANTIK….CUBA LAH ^_^

7. KUKUS DIDALAM KUKUSAN YANG TELAH DIPANASKAN SELAMA 10-15 MINIT. PASTIKAN API KECIL OK….KALAU API BESAR NANTI ADUNAN JADI MEKAR SETAMAN LAK.....SO INGAT API KECil



sila scroll ke bawah 


setelah uols mixer pastikan adunannyer likat2 gitu


bahagikan kepada beberape bahagian mengikut byk mana wrna yang uols suke


 setelah dicampur dgn pewarna


ni cara nak letak filling


wink2..nilah lady bird yang xberape nak cun gitu


maka terhasillah ia ,apam yang menjadik setelah aku olah resepi asalnyer..nk mkn pun syg

k bye n selamat beramal



Rendang By Nur

resepinyer...alah ramai dh th..ni aku ringkaskan ajer :

bahan2...
ayam
bawang putih *
bawang merah *
halia *
serai *
lengkuas *
cili padi *
cili kering *
kunyit *
buah keras ,jintan manis n halus
ketumbar
santan
daun kunyit
kerisik
gula melaka

cara2nyer;

1) blender bahan yang bertanda ( * )..
2)tumis bhn yang diblender dgn minyak ..kemudian masukkan ayam ,gula dan kerisik
3)kemudian masukkan santan masak seketika kemudia masukkan garam secukup rasa daun kunyit yang tlh
   dihiris.
4)siap dihidang lihat pic2 dibawah :)







tadaaaaaaaaaaaa siap untuk dimakan..




selamat mencuba...zassssssss

Bengkel Usahawan

Salam..

Kali ni nak uat entry pasal..
Program Bengkel Pembangunan Usahawan Wanita Kerjasama JKP Zon 10..
kerjasama MPSJ, NBZ WORKS STYLE,JKP & KFCH INTERNATIONAL COLLEGE..

Bengkel kali ini diadakan bersempena karnival mesra rakyat komuniti Puchong Jaya..

tujuan adalah untuk mendedahkan kepada masyarakat dlm bidang berkenaan untuk mencari sumber pendapatan sampingan,mereka diberi pendedahan secara ringkas mengenai seni jahitan oleh aku sendiri (NBZ WORK STYLE) hihi dan penyediaan cup cake oleh KFCH..peserta seramai 30 org terdiri daripada surirumah,ibu tunggal dan remaja..

huh skema je ayat aku..actually rasa seronok sgt bila dpt membantu para peserta yang bermacam2 karektor..sebelum ni ada gak aku uat bengkel tp xdelah seramai ini.


 

 

ni je yang pic yg sempat diambil oleh hubby aku..yang lain pic kat kamera kawan aku..
sebahagian peserta yang sempat capture pic ngn aku,temetot jer aku hihi..yang lainnyer ada yang dah balik dan ada juga yang tgh tggu cabutan bertuah...Tahniah gak kat membe aku umi yang menang cabutan bertuah..lucky katanye kann...muke bangga je bawak hadiah dvd,,poorah cit..hihi...

sekian

CerMin Diri!!

salam...sudah lama rasanyer tak mencorat coret di blog ku yang hampir nak bersawang nie....

cermin diri dpn cermin..n berangan,sambil picit2 jerawat,n bajet cun dpn cermin hihi...
lol.bkn ni yang aku nk cerita...

cermin diri mksd aku..melihat ape kekurangan n apa kelebihan pada diri...yang mana tak elok diperbetulkan dan yang mana elok wajib dipertingkatkan....
ddk depan cermin lihat sedalam2nyer..bagaimana diri anda sekrg?????....

mmg tidak dinafikan ada segelintir manusia yang tak sedar apa kekurangan dlm diri mereka...dan menganggap diri mereka adalah yang TERBAIKKKKK...


ini adalah lah lumrah kehidupan..name pun manusia..mcm2 ragam mcm2 hal...
tp kita sebagai manusia wajiplah berfikiran positive diatas kritikan,teguran dan pujian yang diberikan kepada kita..
ehmmm aku xmahulah pjg lebar bercakap mcm org bajet bagus.... and pesanan aku..

CERMIN DIRI HIASI PERIBADI
ORANG LAIN HANYA BOLEH MENASIHATI DAN MEMBERI TEGURAN
TIADA SIAPA DAPAT MENGUBAH DIRI KITA SELAIN DIRI KITA SENDIRI...
JANGAN SUKA MENCARI SILAP ORANG..UNTUK MENUTUP KESILAPAN SENDIRI...
RENUNG2KAN...

bila stress !!

stress ...
apa y semua org akan lakukan yer bile rasa stress n rasa sentap ngn seseorg?
perkara ni mungkin berlaku disebabkan;

1) masalah kewangan
2) masalah kerja
3)masalah dgn rakan2 @ faktor org2 disekeliling dll

ramai juga diantara kita y mampu mengatasi masalah stress mereka ,maybe berlainan cara masing2..
bagaimana pula yer cara aku mengatasi diri aku jika aku rasa stress @ terasa sentap dgn kata2 org y mangkok hayun..

Bila aku stress ----->>>>>>

wahh bergini ker gaya aku stress,macam kusut bebenooo,lebam biji mato hahaha..



bila aku stress @ sentap dgn sesiapa, perkara y aku rasa aman selain solat, ialah memasak,kelentang kelentung kat dapur lg bgs,xtiviti y sihat hahaha,tah kenape bila aku start nk mula masak tu ilang semua rasa stress n kesentapan y melanda..benefit y ley dapat , dapat mencekik tu y best..mungkin nurun perangai arwah mak y sgt rajin memasak,,hahaha ye ke nurun kat aku perasan btl..tp aku xbohong aku mmg suke masak,wlupun pun aku msk xsedap..


 selain terapi memasak, aku suke shopping ni pun terapi terbaikkk hahaha,,alah bukannyer beli aper pun just cuci mata kat shopping mall tengok gelagat org..giler ko  tiap2 kali stress nak shopping,bukan kayo pun kayap ada lah...

hrmmm ni cara aku ilgkan stress & bagaimana pula bg org lain yer,mungkin caranya beza2 ?..
langkah y terbaik terus p solat,istigfar ,berzikir byk2..mesti cpt tenang...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...