Daisypath Anniversary tickers

Usaha Dgn Doa.. 2012

As Salam  first update untuk 2012...

ntah kenape diawal pembukaan tahun br..byk perkara byk bnda yang difikir..
apa pun semoga diawal tahun baru ini memberi aku satu kehidupan yang baru ..dan berharap dapat melupakan kenangan yang lama..
boleh ke aku melupakan dgn sebegitu mudah .. luka  yang dahulu pun belum sembuh...

aku hanya manusia biasa yang tidak lepas membuat kesilapan..harap ada kemaafan dr org2 yang prnh aku sakitkan hatinyer (jika ada)..
bergitu juga dgn org2 yang selalu menyakitkan hati aku..dan kadang2 aku sendiri tidak tahu apa punca sehingga ada yang tidak suka dgn keberadaan aku...sehingga mencetuskan pergaduhan yang memakan masa..
maaf dr aku...

untuk tahun ini akan aku cuba untuk tidak memikirkan hal yang remeh temeh...fokus akan aku lebihkan kepada org2 yang benar2 menyayangi,menghargai dan tahu wujudnyer aku kat dunia ini...specially fokus kepada suami..untuk abah emak,serta kedua ibu ayah mertua aku..doa akan sentiasa aku iringi untuk kalian semoga kalian sihat,diberi kesihatan yang baik,dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.. tidak lupa doa untuk arwah mak n arwah utih..Al-fatihah..

2012....

Berjanji dgn suami akan menjadi isteri yang terbaik..mampukah aku?
Menjadi anak yang baik untuk abah.....
Menjadi wanita yang solehah yang senantiasa tidak lupa apa yang diperintahkan Dari Yang Maha Esa
Memberi cahaya mata buat suami?.....Usaha dgn doa masanya akan tiba dgn restu Ilahi kelak pasti diberi (sambil menangis)..tiba part ni mmg terasa sebak..skrg hanya mampu berusaha berdoa dan ikthtiar...

Sesiapa yang prnh merasa ddk ditempat aku sekarang ini pasti tahu bagaimana perasaan yang sedang aku alami...tapi aku pasti ada hikmahnyer..kerana ALLAH lagi lebih Maha Mengetahui..setiap manusia hanya mampu merancang ..tapi ingatlah ALLAH yang menentukan segala2nya...so xpayahlah nak persoalkan bila,,kenapa or bertanya soalan????????? yang berulang2 kali kat aku....

Semoga 2012 juga tahun untuk aku memperbaiki setiap keburukan ,kelemahan diri,menjaga maruah sebagai seorg anak dan isteri..lebihkan amalan insyaallah,semoga impian aku dan suami tercapai..dan dikurniakan zuriat ..amin..USAHA DENGAN DOA.....

sebelum aku akhiri entry aku yang pjg lebar ini....jom layan lagu dibawah ni..yang sangat menyentuh jiwa dan lirik yang tinggi nilai maknanya..


Kearah satu perjalanan dlm sebuah kehidupan
Demi untuk mengecapi ..
Hasrat murni didalam hati

Usaha dengan doa masanya akan tiba
Dengan restu Ilahi
Kelak pasti akan ditemui

Suluhkan cahaya dihati terang (ALLAH)
Tunjukkan jalan seandainya hilang (ALLAH)
Tingkatkan perjalanan yang bakal ditempuh
Tegakkan semangat bila luntur

Setibanya disisiMu untuk berserah
Terimalahku hambaMu Allah
Sekiranya takdir menguji cekalkanlah hasrat dihati
Semoga kesusahan bisa
Mengajar erti terus asa






Assalamualaikum...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...