Buah zuriat atau dikenali dgn nama buah hawa atau buah koko..nama yang sama tapi merujuk kepada buah yang sama..Buah Zuriat ni khasiatnyer( dgn izin ALLAH) boleh menyebabkan kehamilan...kiranya salah satu ikhtiar untuk seseorang tu nak dapatkan zuriat...
sebelum aku membebel dgn pjg lebar..aku nak ucap kan berbanyak terima kasih kepada ibu dan ayah abg ipar aku Faiz Azrin..suami kepada akk aku Suzi...kerana mereka tlh memberi aku buah tangan dr Mekah..so buah zuriat ni mereka lah yang beri kat aku...(happy sesangat)..buah zuriat ni boleh dpt kat Mekah je..mungkin kat Malaysia pun dh ada org yang jual...
sebenarnya...masa sebelum mereka berangkat ke Mekah ada juga niat nak suruh belikan buah zuriat ni..tapi xnaklah menyusahkan org yang hendak mengerjakan haji..so aku hanya minta doakan aku semasa disana...(so akak aku lah yang jdk org tgh tuk sampikan pesanan aku pd mereka..nk ckp sendiri malu huhu..)
ok sambung balik pasal buah zuriat ni...sekali pandang mcm buah pinang..kulitnyer keras..kadang pandang mcm sabut kelapa... moh tgk bawah ni..
ni adalah gambar buah zuriat ..maaflah aku xdapat nk tunjukkan gambar buah zuriat yang belum direbus..xsempat nak snap..sbb encik koha dh belah buah zuriat ni..dan terus merebusnyer sendiri...
kata encik koha agak ssh jugak nak belah buah ni...dgn kudratnyer dia membelah dgn bantuan penukul dah sebilah pisau.. gambar yang ada ni pun setelah dua minggu aku rebus..br semlm aku sempat snap..
nilah isirungnyer...sebiji macam isi buah kelapa kan...
ni masa buah zuriat tgh direbus..masih berwap2 lg aku dh snap hihi...
hihi..rasa airnyer agak2 kelat n payauu jugak..tp demi ihktiar utk dptkan zuriat aku and encik koha gagah juga minum..kdg2 dia pulak yang mengingatkan aku srh rebus..
kalau nak minum air rebusan ni bila2 masa pun takpe..tapi kitaorg minum sebelum tidur.. minum sehingga air rebusan tu menjadi putih...hah lupa nak bgth hasil dr pak gogelll....buah ni juga blh digosok2 kat sendi2 yang sakit..Insyallah lenguh2 akan sembuh..
opps.. terlupa lg satu..buah tangan dr Mekah juga ni,, hasil gogellan namanyer Serbuk Debunga Kurma..serbuk ini juga utk ikhtiar bg sesiapa yang berikhtiar untuk mendapatkan zuriat..dgn izin-Nya...
aku belum lagi makan serbuk ni..nak minum buah zuriat dulu..
ok cara penyediaan ni..:
ambil 1 susu kecil csmpurkan dgn madu asli
waktu makan pagi sebelum sarapan atau malam
ok akhir sekali..kepada sesiapa yang msh tercari2 ikhtiar utk mendapatkan zuriat try lah cara ni..klu ada sedara mara yang hndk mengerjakan haji..kirimlah buah zuriat ni pada mereka..n kirimkan doa kita kepada mereka..
apa pun usaha dan jgn berputus asa..ikhtiar dan bersabar.kerana ALLH YANG MAHA BERKUASA ...